Wednesday, November 18, 2009

Brutel...@ Muslimah...



Adakah aku seorang brutel atau muslimah?
Aku tidak tahu siapa diriku
Aku mencari jawapannya di setiap waktu
Ke sana,ke sini
Tiada apa yang ku temui
Kadang-kala aku benci melihat diriku begini
Kadang-kala aku dibenci oleh masyarakat
Aku tidak tahu apa tujuan aku untuk terus hidup.

Setiap hari aku berlalu di sebuah tempat yang cantik
Kadang-kala aku mendengar seperti suara orang menyanyi
Di waktu pagi, tengah hari, petang, senja, malam
Aku teringin untuk menjejak kaki ku ke situ
Tetapi aku takut...
Takut diriku tidak diterima masyarakat di situ
Pada suatu hari, aku memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke situ
Semasa langkah pertama aku menjejak...
Aku merasa seperti aku telah menjumpai diriku yang sebenar
Aku telah menjejakkan kaki ke sebuah masjid
Hatiku terasa sesal setelah mendengar azan berkumandang
Di waktu pagi, tengah hari, petang, senja dan malam
Akhirnya aku tahu diriku yang sebenar
AKU ADALAH SEORANG MUSLIMAH YANG SEJATI...

No comments:

Post a Comment